i follow you -->

Tuesday 13 September 2011

Masuk Wad

Al kisah aku masuk wad ari Selasa 6.9.2011 disebabkan aku buathal, hal apee? biarlerr rahsia. ngeheeee.
Sepatutnye aku dibenarkan keluar pada ari Rabu 7.9.2011 jam 6 ptg tapi ade doktor sorang lg ni tahan aku lagi! bengang jee. Rupenye URIN AIR KENCING  &  UJIAN DARAH tak memuaskan. Aku disahkan mempunyai KEROSAKKAN BUAH PINGGANG. Sedih kot time aku dengar tu, tapi nak wat cmner? dah ketentuan. Doktor kate mungkin aku dah lame kene, cume tak g cek je, hmm. Hari Khamis lak 8.9.2011 badan aku dah bengkak-2 macam POPEYE, aku amik keputusan nak lari ke dari wad. Mane taknye tak ready ape-2 pon lg, dah nak wat ujikaji kat aku, nak scan bagai. Aku dahla takot bile aku disahkan sakit tu. Aku blaa time orang datang melawat. Pehh ramai guard carik aku tapi nasib bek ade amoi ni tolong aku, antar aku jauh skit dari HOSPITAL. Aku kat sepital tu pon tak sempat berubat ape-2, takpelaa janji aku dapat lari dari kebengkakkan badan aku! Skunk aku duk uma, berubat care islam, mama aku jage aku. Alhamdulillah sesak nafas & bengkak-2 pon beransur pulih. Walo camner pun nanti aku akan juge berubat kat hospital tentang buah pinggang aku yang rosak ni. Doakanlah kesihatan aku yee kawan-2? :)
*Sebenarnye makanan ringan kat luar tu la FAKTOR-2 kene penyakit ni. So korang sebelum terkene kurang-2kanlaa makan MCD kee, air berkarbonat, bende masin tu sumee :)